Sunday, April 24, 2011

Solat bersama imam masjidil haram



semalam aku ditugaskan untuk setelkan 2 asigment..first pagi td aku g jumpa brader ujang kartunis AKU BUDAK MINANG..memang legend mamat ujang ni..lepas setel asigment tu
aku pun terus gerak ke masjid wilayah untuk cover Imam Besar Masjidil Haram, Dr Abdulrahman Abdul Aziz Assudes menyampaikan khutbah dan seterusnya mengimamkan solat Jumaat kat situ

waktu aku sampai dah ramai jemaah yang tengah tunggu imam ni..bila dia tiba je ramai jemaah yang bertolak dan bergasak sesama sendiri untuk bersalam dengan tokoh ulama ni..aura yang ada pada imam ni memang luar biasa..

time solat jumaat meremang bulu roma aku dengar imam Dr Abdulrahman ni baca alfatihah n surah..beruntung aku dan jemaah lain yang dapat menjadi makmum beliau..alhamdulillah Allah bg kesempatan untuk aku berjemaah bersama beliau.bukan senang nk dapat peluang ni sebab nk kena kumpul duit untk wat umrah atau haji baru dapat berimamkan beliau..